Friday, June 26, 2009

has been tagged by aya najihah ^^



Thanx yied bcoz anugerahkan blogger award ni..though it was from atthiah, tag mesti disempurnakan..huhuhu

a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

~yeay~ dah copy!!

b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

payied nama manja kitorg bagi kat dia..huhuhu..nama yied sebenarnya khairunnajihah. Kenal yied kat smakj dulu..dia ni pendiam, tapi manja. Suka peluk saya bila saat-saat nak luahkan perasaan.sekarang ni takde dah..kitorg YM! Heheh..Sangat pandai buat kerja2 rumah, dan anda dah layak untuk kahwin!! Wahaha..jangan tak tahu, baju kurung sendiri, payied yg jahit sendiri tau..payied tinggal kat kampong pasir panjang kat sri gading sana nun… selalu je saya ke rumah payied. Rumah payied seolah-olah home for bakery..hihi..sebab mak payied pandai buat kek..kalau nak tempah kek, ke muffin ke, boleh je tempah kat payied (^_^)

Sy syg yied!!

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

* saya ni sebenarnya johor jati. Menetap je kat shah alam. Tapi membesar dan lahir di johor.. mana taknya, kecik-kecik dulu pernah tinggal dgn atuk,dan bersekolah di convent muar selama 2 tahun dari darjah 2-3.. tingkatan 1 bersekolah di sekolah menengah arab Bandar tenggara,kulai. Dari tingkatan 2 sampailah tingkatan 5, saya bersekolah di sekolah menengah agama kerajaan johor(SMAKJ).lepas tu sekolah kat seksyen 16, ambik STPM..

* dan sekarang saya belajar lagi di JOHOR..UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

Ijazah sarjana muda pengurusan teknologi dengan kepujian. setahun je lagi nak habis insyaALLAH..doakan saya dipermudahkan urusan.. =)

*suka masak walaupun tahu saya masak tak sedap. Janji saya tahu, step by step nak menggulai ke buat sup ke, masak kari ke lemak ke..hoho.. not too bad huh? Sekarang ni, dah mula nak belajar “baking” cake.. hehe.. setelah terpengaruh dengan blog-blog masakan ini..

*sangat suka blog.. terutama blog mak-mak orang dan blog resipi.. wuii.. terus je lapar tengok blog-blog sedemikian ya.. boleh juga belajar parenting skill..hmm..??

*suka berpersatuan. Rasa macam mati katak kalau duduk 2 bulan kat rumah tak buat apa.. at least, mesti kerja. Kalau tak kerja pun, mesti terlibat dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Haha

*saya juga suka bercakap. Taklah hebat.. setakat membina keyakinan diri, boleh la.. berdebat dah sebati.. berpidato je kurang.. sebab lain la “tune” antara debat dan pidato. Sebab dah selalu berdebat..Dulu selalu wakil sekolah berdebat, berpidato, juga berforum. Juga wakil sekolah dalam pertandingan melukis dan mewarna (^_^) Dan kelebihan terbaru, ialah mengacarakan majlis. Hahaha..mungkin kesukaan untuk bercakap harus dilupakan seketika untuk menumpukan perhatian pada pelajaran =)

*suka kucing…huhuhu.. lagi-lagi yang nakal macam boboy.. rindunya dia!! Suka kejar kaki saya..comel sangat..boboy geram kat tangan saya..kalau main-main dengan dia, mesti dia gigit lengan saya dan buat muka geram dia tu..auww, sakitlah boboy! tapi saya tak dibenarkan untuk membela kucing di rumah. Sebab nanti rumah berbau kan..jadi bela kucing kat kolej kediaman je lah..hehe

*dulu, waktu sekolah orang kata saya gila kuasa..hahaha.. maybe kut.. tiap-tiap tahun tukar warna baju uniform. Form 1 dulu librarian, pakai baju warna hijau.seingat saya, hanya setahun je saya pakai baju uniform sekolah biasa.waktu tu saya baru pindah SMAKJ masa form 2. Tapi ada jawatan pembantu koperasi sekolah, saya pergi temuduga jadi KOOP-ian tau.. Berjaya! Heheh.. form 3 saya dilantik jadi librarian(baju kuning), form 4 jadi ahli koperasi lagi (baju warna purple), akhir form 4 dilantik jadi pengawas,makanya berbaju hijau lah saya waktu form 5.. hahaha.. gila kuasa kan??tapi sekarang tak lagi tau

* yang lain?? Tak boleh cakap banyak2.. reserved…hihihi



d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda

  1. Azz =)
  2. awang
  3. faz
  4. azlan
  5. jannah a.k.a jai
  6. diyana amalina


3 comments:

starz said...

ai....ckp lebih2 nampak...haha...nyway...luv u too ngah...muah2...=)

dari~ummie said...

luv u too yied!!mmuahzzzzz..heheh..

p/s; ala..macam la x tahu kan..kak ngah kan suka over!!wakakaka

awang said...

salam akak
kite cuba buat yer kak..hu3