Sunday, May 5, 2013

the little embryo

alhamdulillah untuk semua ini..

positive pregnancy test.. checked..

selamat tinggal kursus PTD 26 mei ini. aku bakal menangguhkan kursus demi kemaslahatan ibu dan embryo yang baru berusia 5 minggu. hihi. kerja itu rezeki. tapi anak tu lagilah rezeki terbesar. pewaris generasi. yg bakal berdoa untuk kita saat di alam barzakh.

morning sickness yang takdela teruk sangat. tapi banyak penyakit angin yang pelik2.

ciktam pun badan berangin x boleh keluar sejak i pregnant. i pon sakit urat kat belakang sampai bernafas sakit. tak boleh langsung minum teh tarik ke apa ke. memang terus tegang urat tu. demam on off plus selsema dan batuk yang panjang. masa single dulu, alhamdulillah ALLAH bagi kesihatan yg sangat baik sampai susah bebeno nak dapat demam, batuk atau selsema. kali ni mungkin sistem dalam badan nak menyesuaikan diri dengan kehadiran embrio baru ini. atau immune sistem yang nak diaktifkan (spekulasi diri sendiri)

ada masa sehari tak dapat nak baca quran sebab melepek. atau bizi dalam kereta takde wudhu'.. mesti perut sakit mencucuk2. bagus baby. teruskan menyakiti ummi jika ummi malas nak beribadah.

tapi ujian paling besar adalah kemalasan diri sendiri yang begitu dominan. fight the laziness! sampai nak makan pon malas!


semoga ALLAH berikan kesempurnaan fizikal dan mental untuk anak kami. berikan kebaikan buatnya di dunia dan diakhirat. menjadikan dia manusia yang bermanfaat untuk ummah. menjadi manusia yang soleh serta baik akhlaknya. menjadikan dia manusia berani berjuang. tetap teguh dalam agama sebenarnya. amin yra.



1 comment:

Lavender Flower said...

alhamdulillah, tahniah ..hug hug hug :):)