Monday, September 23, 2013

mengulit tesis

ummi tak tahu samada anakanda ummi stress ke dok dalam perut. huhu.. kepala ummi berserabut memikirkan apakah tujuan utama factor analysis selain daripada data reduction utk tujuan develop questionnaire.. apakah umi perlu letak FA ini di bahagian selepas pre-test questionnaire atau data analysis process..? keliru bila baca and tengok tesis orang. tapi ummi tahu semuanya bergantung kepada objektif sesuatu benda tu kan
 

bila umi baca; satunya sebab nak develop questionnaire and nak reduce item. (ah,umi sudah reduce sendiri tanpa buat factor analysis. hahaha. sebab tujuan asalnya nak guna SEM. dalam SEM, CFA itu sudah dikirakan sekali)

tapi sebab bila umi run guna SEM, data umi x memuaskan. no sognificant relationship antara IV and DV.

maka umi beralih kepada data yg analyze guna SPSS je. di mana kita kena buat FA secara manual. hadoi..complicated tahu. sebab tough sangat nak interpret data bagi umi yang tak berapa nak pandai ni. disebabkan umi dah modify data, umi tengok ada significant relationship. maka umi bertekad nak guna SPSS buat MLR berbanding guna SEM. sebab umi rasa ada baiknya kalau dapatan kajian umi selari dgn LR. hahahaha.. senang. tak payah karang pening panel tanya--> "awak kena refine balik tajuk awak ni". SV pun cadangkan benda yg sama. 

sekarang umi nak mudah. umi malas nak tambah benda pelik2. (kecuali utk FA ni la. karang kena tanya pulak kenapa tak buat) sebab umi akan bersalin hujung bulan ini. tambahan pulak SV nak pergi haji. umi kena hantar tesis ni ke panel untuk penilaian samada layak tak nak pergi viva. 

kalau boleh biarlah viva sebelum umi beranak. tapi umi tahu umi xkan sempat. maka kalau dapat viva lepas beranak pun ok juga. yg penting lepas umi pantang. hehehe. stress pulak karang viva masa tengah pantang. at least ada masa nak buat sedikit correction. umi target jilid dan hantar secara complete bulan 4 nanti. 3 tahun lebih hoi buat master by research ni. master je pun. 

p/s: eh..tapi umi rasa lagi mudah buat SEM. hahahaha..sebab memang data sama tak signifikan macam sebelum yang umi buat ni. tak payah nak tukar kat discussion kan. 

semoga anak ummi tak stress. kalau lapar nanti ummi bagi makan kurma. :)

2 comments:

Dr. Norziha said...

umi...sungguhlah busy.........fonin....den baco...anyway good luck :)

Raihamal Arawi said...

All the best Ummi

Jom Hantar Tesis!!!

Welcome to visit my blog:
http://jomhantartesis.blogspot.com/