Tuesday, September 10, 2013

memodenkan derma

assalamualaikum semua..:)

kita jangan masuk malacca part 2 dulu. huhu...ummi rasa nak bercerita tentang memodenkan cara derma..

ini bukanlah entri menunjuk2 betapa dermawannya ummi. nauzubillah..

tapi saje nak cerita fenomena dermawan rakyat malaysia.

kadang2 rasa sayu sangat tengok orang yang mintak derma tepi jalan. baju lusuh. compang camping. ada yang tak sempurna fizikal. silakan menderma kepada orang2 yang tak punya penglihatan..jual tisu ditepian jalan.

 tapi jangan terkejut,ada je orang yang berkudrat 4 kerat, terlalu tebal muka meminta2. tu yang banyak kes, tokey sebok kerah anak yatim pergi kutip derma. dan jadi kaya raya. ada juga kes pengemis yang dijumpai mati rupanya dalam bank ada belas2 ribu. dan paling ummi tak boleh terima kalau dia bawak imej islam (e.g. tudung labuh lusuh, pakai kopiah) sambil kendong anak untuk meminta belas kasihan. *_*

mencemarkan imej islam tahu?

kita jangan hidup untuk meminta. mari kita setkan minda HIDUP UNTUK MEMBERI.

ummi terfikir, apakata bajet untuk menderma kita bahagikan kepada dua. satu bahagian untuk rakyat malaysia. satu bahagian lagi kita khaskan untuk umat islam sejagat.

jangan kita asyik bantu je orang susah kat tempat lain. kat tempat sendiri rupanya masih ramai lagi yang perlukan pertolongan. contoh orang Malaysia yang perlukan bantuan kita ialah, haruslah saudara-mara kita yang terdekat yg kita tahu dia memang susah, atau anak2 saudara kita yg yatim.. ada banyak juga pusat-pusat NGO untuk golongan ibu tunggal, orang tua,orang cacat... yang perlu kita bantu dari segi kewangan..sebab pusat2 ni bukan pusat yang mengaut keuntungan..melainkan pusat kebajikan yang menjaga golongan yang kurang bernasib baik..

dulu menderma hanya tertumpu kepada orang2 yang meminta derma tepian jalan je kan? sekarang ada cara untuk kita memodenkan derma. yang pasti, organisasi yang menguruskan adalah organisasi yang amanah. derma insyaALLAH akan sampai kepada golongan sasar. antara salah satu tempat menderma untuk umat islam sejagat yang sangat2 efektif dan efisien ialah "ISLAMIC RELIEF"

bukan sahaja bantuan diberikan kepada negara2 yang bergolak seperti palestin dan syria, malah turut membantu negara2 islam yang sangat miskin dan perlu bergantung kepada bantuan luar. donation sangat mudah dilakukan. kita dapat resit yang akan diberikan melalui emel.


click here if u wish to donate


cuba kita tengok, banyak kan saudara2 kita yang perlukan bantuan kat luar sana?


untuk bantuan rakyat malaysia yang serba kekurangan pula, takde masalah rasanya. pergi terus ke tempat charity, bantu kerja2 amal pun bagus juga selain menderma. contohnya pusat jagaan khas kanak2 cacat, rumah orang2 tua, rumah anak-anak yatim dan banyak lagi... :) mengucapkan perkataan baik pun sedekah jugak tau


Rasulullah SAW bersabda, “Takutlah engkau kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan potongan kurma, maka barangsiapa tidak dapat menemukan itu maka hendaklah besedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik (HR. Muttafaq ‘alaih)- umi amik hadith2 kat sini

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak seorangpun yang menyedekahkan hartanya yang halal dimana Allah menerimanya dengan kananNya (dengan baik), walaupun sedekahnya itu hanya sebutir kurma. Maka kurma tersebut akan bertambah besar di tangan Allah Yang Maha Pengasih, sehingga menjadi lebih besar daripada gunung. Demikian Allah memelihara sedekahmu, sebagaimana halnya kamu memelihara anak kambing dan unta (semakin hari semakin besar).” (HR. Muslim).


 jom beramal dan bersedekah!



No comments: