Sunday, November 3, 2013

mengedit tesis lagi

assalamualaikum belog,

hari ni, umi masih mengedit tesis sambil jalan2 kat FB. motif? haihh...ntah la susah benar nak mengarang ayat, nak link dan satukan jadi perenggan yang bombastik. supaya orang faham apa sebenarnya kajian ummi nih. 
(--,")

hari ni nak gi hospital. melawat ayah masuk hospital sebab buang appendix. 

lepas tu nak ke bangi rumah SIL, ada bbq adik beradik daddy.
sian daddy,nanti 2 bulan lebih tak balik kampung sebab ada kelas sepanjang cuti sekolah akhir tahun ni.
ummi pun risau dan cuak ni. huhu.. takut2 anakanda tak sabar nak keluar time daddy takde. ya ALLAH,permudahkanlah!

[sebenarnya ummi berkenan sangat dengan baju ni]--tetiba

ummi rasa ianya tak perlu digosok. malahan, macam mesra breast-feed je kan.sebab ada butang kat tengah..huhuhu..


sambung cerita..

UPDATE REMOCK VIVA

ummi berdoa supaya perjalanan mencari ilmu ni dipermudahkan..lagi dua step je-nak viva dan edit&jilid tesis.. hari tu kan ummi remock viva hujung bulan 9 hari tu..masa mock viva bulan 7 hari tu, panel cakap flow tesis ummi tak cantik.. so,dia suruh betulkan banyak part..tapi panel tanya,

"awak nak terus viva ke atau awak nak re-mock?kalau nak terus viva saya bagi markah tinggi..kalau awk nak re-mock,saya bagi markah rendah (as a pra-syarat utk remock)"

umi fikir..baiklah ummi remock. hihi.sebab apa tau..sebab ni cumalah draf kedua ummi. banyak ummi buat syok sendiri...memanglah sv guide..tapi bukan sepenuhnya guided..so,end up ummi cakap ummi nak remock supaya flow tesis ummi clear..

dan masa remock hujung awal bulan 10 hari tu, ummi x payah present pun..lebih pada discussion session. ummi duduk je menerangkan tesis..hehe..alhamdulillah..panel cakap sikit2 je nak kena betulkan dan paling penting kena proofread supaya bila external panel baca takdela hangin tengok grammar caca marba kan..hehehe

tapi ummi sempat proofread 3 parts je ni. chapter 1,3&4..sebab pada ummi 3 chapter ni panel kerap tengok dulu.. chapter 2 nantilah..tak sempat..lepas viva nanti baru ummi proofread..huhu..aci tak? lagipun proofread mahal! dengan nak bersalin banyak pakai duit nih..nak jilid dan print laser lagilah kena duit beratus2. 

BARANG BABY LAGI MURAH KAT GEMENCHEH!

Ehem..cerita pasal duit beratus2 kena keluar..hari tu daddy spent RM500 masa gi baby fair kat SACC shah alam..beli barang baby dan barang2 ummi sikit.. takdela banyak man pun bagi orang2 yang berduit. bagi yang tak berduit sebab tak kerja macam ummi ni, RM500 is a big amount of money. 

yelah,baju cuma dapat 3pasang+sehelai baju pendek. tu pon ummi beli set newborn kat situ yang cap disney dah rm38 (kain selesa-sehelai je pon). 3 helai baju RM30. sepasang baju lubang RM15. itu sahaja dah total RM83.

takde baju yang at affordable price pon. yang ada rompers RM5. tapi buruk2 sangat dan tak cantik. mungkin kitorang pergi last day..plus bukan branded macam carters pun. kain pon nipis2 jah. kitorang tengok tuala baby RM19.90 yang biasa punya. ada yang bertopi RM21. so,amik la yang bertopi. kain tuala lain banyak kat rumah. beli sehelai jela dulu...

semalam ingatkan lepas beli barang rumah nak gi Anakku tengok baju2 baby..
tup2 semalam masa beli barang rumah kat PUJAAN, gemencheh ni..ummi nampak barang2 baby brand pureen yang pada pendapat ummi brand ni selesa dan berpatutan harganya. sekali tengok harga. hamboi! lagi murah kau! sepasang baju baby baru RM14.90. lengan panjang pendek semua ada. kain pon best2 tak panas. jangan disangka PUJAAN yang kecik tu takde barang yang kita nak..huhu..ummi tengok rubber mat tu lagi lawa siap ada corak2. *menyesal tak sabar gi beli kat sepang hari tu*

promoter chinese tu siap jek-jek kitorang suruh beli..hihi..kitorang apa lagi jek-jek la auntie tu bagi barang free.. dia bagi. baby wipes and liquid cleanser. haahh...kat baby fair mmg tak dapek la ekau merasa barang free ni. heuheuheu..walaupon tempat macam tak kelas je kan nak membeli..tapi murah2 dari harga kat luar..ahh..asalkan anakanda berbaju. 

:) happy sebab hampir 90% barang baby dan ummi dah nak siap..insyaALLAH..doakan ya urusan ummi dan anakanda dipermudahkan dan selamat semuanya..aminn..





No comments: