Saturday, November 30, 2013

mendidik anak.bukan sekadar menternak atau membela sahaja


terlanjur dan dilanjuri
kebelakangan ni, ummi asyik mendengar kes keterlanjuran remaja perempuan. mendengar dan membaca kes yang sama. terlalu selalu terbaca tentang kes perempuan diambil kesempatan.

uhhh..tahu apa yang ummi fikir? -i will have a daughter. soon!- soon. and i'm too scared to let her go enjoying this world, alone.

ya ALLAH.ya ALLAH. ya ALLAH..

lindungi anakku. itu sahaja yg ummi sebut.

kalau anakku itu lelaki apa yang ummi doakan- semoga dia membela maruah perempuan. semoga dia tidak merosakkan harga diri seorang perempuan.

kita bercakap soal zaman yang sangat tidak berperikemanusiaan. kes sumbang mahram. zina, rogol, cabul yang begitu berleluasa. Allahurabbi. apakah puncanya? pemerkasaan keluarga, ibu bapa yang prihatin. itu yang ummi lihat penting membentuk jati diri insan yang bertanggungjawab membela maruah kaum perempuan.

ummi menangis. anak perempuanku akan berhadapan dengan ancaman2. ummi tiba2 terlalu menjadi protektif. terlalu menjadi takut untuk melepaskan tangan anakanda seorang diri untuk berkelana di dunia..

ah..tapi ummi lupa..ALLAH kan ada untuk menjaga dia..jikalau dia "menjaga" ALLAH.

ummi dan daddy tidak boleh leka sedikit pun. ummi perlu isi dada ummi ilmu  bagaimana mendidik anak. bukan sekadar menternak anak, atau membela anak! ada input penting yang ummi perlu masukkan dalam jiwa anakanda- taqwa. bukan abc atau huruf alquran semata2 untuk dia menjadi bijak dan pembangunan karakternya lebih diutamakan, supaya akhlaknya mendahului. inilah yang ummi nak bekalkan pada anakanda.

ya. mungkin kedengaran jengkel. tapi perasaan seorang ibu itu lain benar rasanya. tiba2 menjadi terlalu protektif. serius. ini perkara serius. ada tanggungjawab besar kita perlu lakukan bila sudah punya anak.


Ibrah

jadi, apa Ibrah yang ALLAH nak bagi ummi bila terdengar kes2 terlampau macam ni?

apa yang boleh ummi rumuskan. dari kes yang ummi terdengar tentang keterlanjuran ni,

1) anak perempuan yang tidak dihargai, tidak diberi perhatian dalam keluarganya cenderung untuk mencari perhatian luar, penghargaan dari luar. berikan kasih sayang samarata antara anak2.. jangan pilih kasih,.

2) jadikanlah diri ini sebagai "tempat terbaik untuk ditanam benih" u got what i mean? sebelum menjadi isteri, jagalah peribadi dan maruah

3) sentiasa cek status halal haram rezeki yang kita bawa balik pada anak kita.

4) muhasabah diri, apakah dosa kita pada ALLAH,kalau kita dapati anak buat dosa..


semoga ALLAH lindungi anak2 kita atau bakal anak2 kita juga generasi dan legasi keturunan kita dari perkara2 yang dilarang agama..Allahumma ameen..



No comments: