Monday, November 9, 2009

mahu kahwin?


gambar sekadar hiasan (tak ingat dimana saya mengambilnya)

blog saifulislam baru sahaja dicadangkan oleh rakan saya. terima kasih yana! (^_^)..
maka saya pun membuka laman sesawang itu. saya tahu sedikit sebanyak mengenai blogger tersebut. pernah menghasilkan beberapa buah buku seperti "aku terima nikahnya", "bercinta sampai ke syurga" dan beberapa buah lagi. hasil tulisannya santai, padat dengan mesej berguna dan islamik.

tiba-tiba saya berfikir..bila membaca hasil tulisan beliau di alam maya, tapi penuh dengan perbincangan logik dan nyata. di usia muda, ada perasaan ingin dicintai dan perasaan ingin memiliki. siapa yang tidak mahu membina sebuah perkahwinan yang diharap membawa bahagia? siapa pun menginginkannya. ya, nafsu yang menjawabnya sentiasa berkata sedia. namun hakikat, memikul amanah dan tanggungjawab menjadi seorang isteri atau suami bukan calang calang beratnya. apatah lagi menyandang "title" ibu atau ayah..

ya ALLAH..saya mahu jadi hambaMu yang baik, mahu jadi hambaMu yang taat sebelum saya melahirkan seorang khalifah, sebelum saya boleh bersama-sama membina sebuah rumah tangga tapi mampukah saya? ternyata mengurus perasaan, hawa nafsu bukan lah sesuatu yang mudah (mengurus emosi, perasaan dan fikiran). benarlah bak sabda nabi bahawa Jihad nafsu merupakan jihad paling utama..

lalu saya pun termuhasabah. dimana saya letakkan cinta yang paling utama dalam hati..cinta sesama manusia atau cinta kepada ilahi? saya pun ingin jadi seperti qani'ah dalam pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul..

mahu kahwin? lupakan sahaja kalau niat, cita-cita dan tujuan menyalahi syariat islam yang indah..perbaiki lah amalan dan hati dahulu..barulah boleh bercinta hingga ke syurga..

"moga Engkau tetap membimbing kami ke jalan yang diredhai"

2 comments:

skY Hayyat said...

salam...

bnr2 sgt tu wahai bari'ah syg..
tie pn nk jd mcm qani'ah.. bahagianyer memiliki cinta.. Namun tggjwb d sebalik itu sgt berat.. Walau ape2 pn, kte same2la bedoa agr semua dpermudahkn Allah..
Cinta pd manusia perlu disandarkn pd cinta Ilahi barulah ianya indah dan InsyaAllah terpelihara.. InsyaAllah hgga ke syurga..AMIN=)

Wallahuaklam.. wasalam=)

dari~ummie said...

ye sky..
berat tanggungjawab tu..
sama2 kita doakan kebahagiaan bersama =)
harapan nak jadi macam qaniah tetap ada..hehe..walaupun terasa diri tak layak sebenarnya =)