Sunday, October 6, 2013

preparing myself

assalamualaikum belog..

hari ni ummi nak "make-up my mind". amboihh.. make up kau jah..hehehe

istilahnya nak prepare to the worse.

since umi akan pergi kursus setahun (lama sangat ok) umi kena prepare minda umi dengan beberapa preparation.

ada beberapa blog-walking series yang umi jalankan (hahhaha) yang menemukan umi dengan satu konklusi bahawa jika anda terlibat dengan kursus itu, anda akan jadi sangat sibuk dan penat tidak terhingga.

sungguh, kalau ada pilihan lain..umi nak pilih pilihan lain itu. family comes first. tapi apakan daya umi, tekanan ekonomi dan hidup perlukan umi bekerja. umi dahtry mintak sektor swasta. tapi tiadalah rezeki umi nak mendapatkannya. ALLAH knows the best. indeed HE is!

bersyukurlah dapat masuk kerjaya ini sedang yang lain berlumba2 nak dapatkannya. umi dapat cuma ada rezeki anak. bukan sebab layak dan hebat.. maka niat juga perlu di-make-up. ummi nak bekerja kerana ALLAH, bekerja untuk saham akhirat dan bekerja untuk menyumbang sesuatu kepada manusia sejagat..

terus kepada apa benda nak di make-up tu;

1) macam mana nak supply stok susu kat anakanda kesayangan umi nih.
2) umi kena prepare macam mana lah kalau anak sakit, umi tak ada.. kesian kat daddy jaga sorang2 nanti. 3)umi kena prepare macam mana nak menguruskan urusan rumahtangga dengan efisyen setiap kali dapat cuti. especially dah ada anak nanti umi pasti umi akan jadi kelam kabut..first timer ada anak kan..tak ada pengalaman lagi..dan urusan untuk suami pun kena jaga juga..
4) umi kena prepare kalau daddy sakit camne pulak anakanda umi ni..tambah pulak kalau umi x dapat nak dihubungi time tengah ada kat ceruk hutan buat aktiviti.
5) umi kena prepare macam mana nak mendidik anakanda umi walaupun umi akan jarang jumpa selama setahun.
6) umi kena prepare macam mana nak organize barang dalam rumah & barang dalam peti ais supaya semuanya senang diingat,dicapai dan disusun semula
7)prepare mental fizikal nak gi kursus yg tough~ hohoho.kembang kempis hidung umi membacanya
8)dan paling penting;umi kena prepare untuk umi mati.


semoga ALLAH mudahkan urusan ummi dan keluarga..

huhuhu. hari ni umi nak buat slide presentation untuk mock viva umi dulu hari ni. lepas tu nanti nak tolong daddy buat laporan kajian tindakan untuk kursus diploma pendidikan daddy.. yelah, daddy sangat baru dalam bidang penyelidikan ni.. jadi daddy mintak tolong ummi ajarkan dia macam mana nak buat. ummi lebih lagi dari sudilah. keh3.. umi akan assist daddy key in data. jadi PA daddy dengan membuat laporan dalam bentuk jadual, bagi idea dll..sekian laporan untuk hari ini :)











No comments: