Tuesday, October 29, 2013

hampir2...

salam belog...

isu susu untuk anak..
ianya satu perjalanan yang bukan mudah.
tak semua ibu bertuah,
tak semua ibu terpilih ada rezeki yang cukup menghasilkan susu badan sendiri..
khas untuk anaknya.

susu itu rezeki anak.
ALLAH yang menetapkan rezeki untuk setiap sesuatu tu kan?
justeru jangan dicerca mereka yang tak mampu beri susu badan mereka sendiri.
kita tak tahu keadaan mereka bagaimana.
mereka pun tak sanggup tengok anak mereka kelaparan. thus,switching to formula milk is the other option they can choose to feed their babies rite?

suatu ketika dulu. ummi hampir2 terniat nak bagi anakanda formula milk (FM)
masa kandungan baru beberapa bulan. sebab ummi rasa berputus asa. oh betapa stress nya ummi tengok harga Breastpump(BP) terlalu mahal untuk ummi yang belum bekerja. mencecah ribuan ringgit. malahan ratusan ringgit.
apatahlagi peti ais rumah ummi yang kecil hanya membolehkan susu bertahan selama 2 minggu sahaja jika ummi start berkursus.

tapi ALLAH itu maha kuasa. tiba2 ada orang berminat nak buat data analisis servis dengan ummi. key in data questionnaire yg sangat banyak. terus ummi cakap- rezeki anak.

sebab tu ummi bersungguh2 beli BP harganya lebih kurang rm600. ummi bayar ansuran pakai duit sendiri. daddy nak bagi duit. tapi ummi cakap takpe. biar ummi pakai duit ummi..with my own effort. supaya setiap kali ummi malas nak mengepam nanti, ummi akan teringat betapa susahnya nak bayar rm600 tu..pastu jadik pemalas? hahah. biar ummi bersungguh2 bila teringat hal itu.
boleh beli pam manual. tapi sedikit lambat. lebih2 lagi kalau jenis susu sikit. apatah lagi ummi nak stimulate demand untuk hasilkan stok sebelum ummi berkursus.

tapi tetap..tanamkan dalam pemikiran bahawa jumlah penghasilan susu ibu adalah dari ALLAH. ada orang dah usaha sungguh2..tapi sebab banyak faktor hasil susu berkurang. contohnya sakit..atau anak ada sedikit masalah ataupun kelahiran pra-matang..

walau apa pun, dari sekarang ummi cuma nak mindsetkan diri sendiri. yang penting ummi yang kena usaha lebih. keep positive. supaya ummi boleh tinggalkan stok susu untuk anakanda minum sepanjang ummi berkursus. niat nak bagi FM terus lenyap sebab ummi terfikir
"dah la kau kena tinggalkan anak, takkan takde apa2 effort yg membolehkan anak terfikir pengorbanan seorang ibu?"
lainlah kalau seorang ibu tu ada kat sisi anak dia sepanjang masa (e.g-surirumah). at least boleh create bonding kalau tak dapat ss


tambah2 ummi terbaca satu blog yg sangat bagus. beliau pun berkursus PTD. tapi mampu bekalkan susu badan untuk anak beliau. kata beliau,memang penat.. kursus sangat sibuk. tapi demi anak, beliau sanggup bangun sebelum subuh pam susu dan buat stok. ke mana2 kelas atau program di INTAN  sambil bawa BP. Lihat, yang penting rajin dan bersungguh. kata beliau, INTAN consider fasiliti untuk ibu yang menyusukan anak. insyaALLAH..ada jalan yang ALLAH akan permudahkan. ummi yakin yang itu.

jadi, kami berpakat..next year selepas pantang, daddy akan belikan deep freezer untuk simpan stok susu. insyaALLAH..

kalau tiada aral melintang..insyaALLAH..ummi nak anakanda minum susu ummi sampai umur anakanda 2 tahun. ummi tahu ummi boleh..ramai orang cakap, dari sekarang lagi kita kena mindset minda kita..sekalipun emak ummi terus2 suruh bagi FM. tapi ummi akan buktikan yang sebaliknya. to educate family ummi. bahawa susu ibu boleh disimpan. ummi tak salahkan emak. sebab emak takde ilmu tentang itu.. dikalangan family ummi, rata2 beli BP, tapi selalu hanya bertahan beberapa bulan sahaja.. dan BP pun rosak walau harga dibeli beratus2 ringgit. sebab itu emak ummi pandang sebelah mata je bila ummi cakap nak bagi susu badan..hehe..

family sebelah daddy pula sebaliknya. diorang sangat rajin dan siap buat stok untuk anak2 diorang. fully breastfeed. yang tu emak ummi tak nampak. she doesnt get the clear picture how breast milk can be frozen and stored.. insyaALLAH..insyaALLAH.. ummi akan berusaha jadikan breastmilk sebagai makanan utama anakanda..

kelebihan breastfeed -sini





No comments: