Thursday, October 24, 2013

isu: isteri bekerjaya

assalamualaikum.

baru baru ni, ummi selalu baca artikel yang menyentuh tentang isu isteri bekerjaya..

umi faham intipati artikel2 tersebut yang menyeru supaya kaum isteri dan juga ibu perlu duduk di rumah. merekalah yang sepatutnya membesarkan dan mendidik anak2. ummi terlalu faham dan ummi terlalu yakin,memang benar,anak perlu dididik dengan sentuhan seorang ibu.

baik. memang ada pro n cons.

penulis artikel menyatakan juga betapa banyak kes2 terlanjur di tempat kerja,fitnah, pengabaian didikan terhadap anak2 oleh ibu yang bekerjaya ini.

perkara ni memang menjadi kerisauan ummi. kalau ummi bekerja nanti, entah apalah keadaannya. sebab bidang kerja ummi masih x pasti. apa yang bermain2 di fikiran ummi;

1) kursus setahun melibatkan aktiviti2 fizikal. ummi dah selalu buat jungle tracking segala masa zaman belajar. selalunya kami campur perempuan dan lelaki. selama pemerhatian ummi, susah sangat nak jaga ikhtilat time2 runcing macam nak kena panjat curam. terpaksa jugak berpaut kat lengan kaum lelaki. kalau kes terjelopok, tergelincir. yang pasti,kaum lelaki yang akan tolong. bayangkanlah setahun macam mana. ada berapa banyak kali aktiviti outdoor?

sudah tentunya umi akan terlepas tengok anak ummi membesar depan mata. terlepas setiap momen yang berharga! :'( sedih..

2) penempatan pegawai. oklah kalau dapat jabatan yang ok. kalau dapat jabatan yang tak ok; yang akan banyak terlibat dengan lobi melobi. rasuah merasuah? ALLAH.. na'uzubillahi min dzalik.. (amin). siapalah kita nak mendabik dada mengatakan kita "takkan" terlibat dengan benda2 fasiq macam ni. kita belum diuji.


lantas teringat akan ayat ini "JAGALAH ALLAH. NESCAYA ALLAH AKAN MENJAGAMU"

oh..semoga...

semoga hati ini dapat dididik menjadi hati yang bertaqwa.

besar peranan seorang perempuan kan? sungguh ummi terpaksa memilih untuk bekerjaya. atas desakan ekonomi. kami perlukan kediaman. kami perlukan duit untuk besarkan anak2. bukan bermakna bermewah2. perlukan duit untuk pendidikan anak2. apatah lagi ummi anak sulung. ada banyak masalah sebenarnya ummi tanggung.

daddy (suami ummi) bukanlah kerjayanya mendapat gaji puluhan ribu setiap bulan. kalau ya,pasti dia pun mahu umi duduk di rumah jaga anak2. tetapi, desakan ekonomi dengan sistem cukainya, nak beri mak ayah duit, hutang ptptn yang nak dilangsaikan, harga rumah yang tak dapat dah bawah RM100K. semuanya atas RM300K bergantung kepada kawasan dan keluasan rumah yang selesa. kereta juga perlu diisi minyak. makan juga perlu dibeli. ya, urusan tempat tinggal dan makan itu tanggungjawab suami. tapi kalau begini lah keadaan ekonomi dengan gaji yang tak selari..tidakkan menjadi tekanan untuk suami? di bandar, gaji bawah RM3K dikira sebagai miskin (bergantung kepada ahli isi rumah)

ahh.. beginilah hidup.. terpaksa memilih. betapa ramai ibu bekerjaya (yang breastfeed anak guna botol pun dicondemn) diselar tindakannya bekerja. seolah2 suami dayus memberi izin isteri bekerja..jadi, apakah kita menafikan peranan kaum hawa menjadi seorang doktor? takkan kaum lelaki pula yg mengambil alih peranan tersebut? sama juga macam kerjaya guru, jururawat, bidan.. ah..entahlah manusia..

pada ummi, semuanya bergantung pada niat dan pembawakan diri kita di tempat kerja.

ditempat kerja, kita pekerja.
di rumah,kita isteri. kita ibu

kita tahu erti profesionalisme. kita yang perlu bijak memainkan peranan. seorang perempuan harus berkorban perasaan penatnya untuk keluarga. penat tolak tepi. ambil tahu keperluan suami. ambil tahu juga keperluan anak. belai dan semai kasih sayang dalam rumah.. utamakan keluarga berbanding kerjaya..

paling penting jika bekerjaya. jaga aurat. jaga maruah. jaga hati. tak perlu bertabarruj bagai. kan? yang pasti, jika kita bertawakkal kepada ALLAH.. ALLAH pasti akan bantu kita.


1 comment:

skY Hayyat said...

love your post ummie.
sangat bersetuju, cabaran dan desakan isi perbelanjaan keluarga sememangnya bkn mudah nak ditanggung suami seorang.
Insyaallah, jaga Allah, Allah akan menjaga kita :)