Wednesday, December 18, 2013

nervous

kamu tahu...

perasaan nak bersalin ni lebih nervous berbanding nak viva voche.

nak viva? relaks je mak berry ni bersantai. tapi fikirkan nak bersalin.rasa berpeluh satu badan.

huhu. 38 weeks. minggu depan 39 weeks. dan minggu depan lagi 40 weeks.

tak boleh imagine sakitnya bagaimana. kalau ada orang kata lagi beratus kali ganda sakit dari period pain..

haa...

period pain yang selalu ummi alami tiap2 bulan itu pun tidak tertanggung. siap kena berehat dirumah. tidur dan berehat. letih sangat.

ni beratus2 kali sakit? ok..

seram. betul. seram..

yang cerita dengan ummi semua kata ngeri walaupun pengalaman dah berkali2.

hee...

semoga ALLAH mudahkan proses bersalin.

deliver pula kat hosp kerajaan-KLANG. macam2 versi cerita ummi dengar..

ada yang kata layanan best. ada yang kata layanan buruk.

apa pun pada ummi. rezeki masing2.. kita berdoalah banyak2. yang bagi semua tu ALLAH kan..mintalah pada DIA.. as long as ummi selamat dan baby selamat, alhamdulillah dahh...

p/s: sekarang ni,dah terasa contraction tipu2. ada tu lepas sujud tilawah, duduk atas katil. pinggang rasa cramp gilerrr sampai nak nangis. sakit kat ari2 ni dh selalu. tapi amniotic fluid masih belom keluar lagi. atau darah2 ke tiada. hehe. nervous tau!

:D

1 comment:

Uni Aqilah said...

hihihi... memang nervous bila nak bersalin. tapi pada saya, ini semua rezeki masing-masing. kalau org kata layanan buruk di hospital kerajaan, alhamdulillah, saya terima layanan yang sangat baik di hospital kerajaan berdasarkan 2 kali pengalaman bersalin di sana sebelum ini.

kesimpulannya, doa banyak-banyak pada Allah. mohon dilancarkan semua urusan kita nak bersalin ni daripada mula nak bersalin hinggalah keluar daripada hospital. doalah juga mohon doktor dan nurse dapat memberikan layanan yang sebaiknya yang mereka mampu kerana mereka juga manusia biasa.

semoga dipermudahkan semua urusan! :)