Sunday, December 15, 2013

tak mampu

assalamualaikum..

bila tengok barang baby,
eh..cantik..
eh,berguna..
eh..nak beli..
hehehe..biasalah kan..
tapi tengok harga. sentap. mahal sangat..
hati kecewa..

ummi rasa semua emak di dunia nak belikan benda yang terbaik untuk anak2 mereka.kan?
carseat cecah RM1K pun sanggup belikan.
stroller harga RM2K pun takde masalah belikan..
rocker, baby jumper, playpen. semuanya yang harga beratus2

tapi ummi betul2 tak mampu nak belikan anakanda semua2 tu.
semuanya cap biasa2 je.
apa yang daddy mampu sediakan..
itu sahajalah. yang penting. yang betul2 berguna.
yang grand lebih2 kami tak mampu. ummi pon tak kerja kan..

sedih? taklahhh.. buat apa nak sedih tak dapat nak sediakan semuanya secara perfect? pada ummie,ibu bapa kena creative. katalah tak dapat belikan baby rocker..ada banyak alternatif kita boleh buat untuk menenangkan anak dan mendidik anak. mungkin dari segi material takdelah grand sangat.
tapi input yang perfect lebih ditekankan..

sangat impress dengan saiful nang dan isteri. mereka berduit. tapi takde pulak nak memewah-mewahkan anak..anaknya dihantar ke pusat jagaan anak2 yatim Warga Prihatin. yang akhirnya memberi output yang sangat best. anak2 beliau berdua berjiwa sukarelawan. malu nak pakai berlebihan dan cantik2..takut kawan2 terasa. baru usia 5 tahun.. bagus kan?


kalau ada pusat jagaan sebijik macam pusat jagaan Warga Prihatin, memang ummi dah lama hantar anakanda ke situ. hehehe. untuk belajar kasih sayang, belajar bersederhana dan belajar bersyukur dengan apa yang ada.

untuk sekarang, ummi dgn daddy nak fokus sediakan keperluan menyimpan susu untuk anakanda. tambah2 ummi kena bayar yuran (biasalah universiti tak berduit,ummi x dapat pengecualian yuran untuk semester ni). nak kena bayar saman RM200 akibat ummi bertelefon sambil memandu. huh. nak nangis rasanya dengan kesalahan diri sendiri. daddy nak bayar roadtax, nak bayar baki yuran lagi beribu2.

apa-apa pun, alhamdulillahi 'ala kulli haal. dapat juga kami sediakan serba sedikit keperluan. ditambah dengan jasa baik nenek (emak ummi) yang nak menaja banyak keperluan anakanda. hehe.. kami tak mintak pun. tapi mak memang teruja sangat nak bagi.. kami terima dengan hati terbuka. terima kasih mak! :')

makngah baby pon dah setuju nak sponsor baby cot. alhamdulillah..

rezeki baby kan? memang setiap anak dah ditentukan rezekinya masing2.



2 comments:

Siti Munirah said...

menarik sungguh entry ummie kali ini. tersenyum sendiri saya membacanya kerana saya juga pernah melalui situasi seperti itu.

namun akhirnya ia berubah...

rasa macam nak up satu entry pasal ni la... tunggu kemunculannya ye. :)

dari~ummie said...

kak uni,
terima kasih drop by! selalu baca entry akak..tapi segan sangat nak komen..hehehe..

x sabar nak baca entry terbaru akak tu.. hihi :)