Friday, March 20, 2009

perjalanan ke sinai

06 Februari 2009

10.00 p.m

Suasana yang semakin dingin diluar membuatkan mataku semakin mengecil. Aku membaringkan tubuhku yang terasa kepenatan di atas katil. Lagu ‘rindu padamu’ dendangan penyanyi yang sering melagukan ala-ala irama arab, siapa lagi kalau bukan yasin sulaiman ku mainkan ditelinga.Mataku semakin kelam.

11.30 p.m

Tiba-tiba kuterdengar suasana riuh rendah diruang tamu rumahku. Dalam hatiku mula merengus, aku bingkas bangun,lalu kucapai tuala mandi di kerusi. Aku mencapai berus gigi yang berada di dalam almari. Dum!!!…pintu bilik air ku tutup dengan kerasnya..

07 Februari 2009

12.00 a.m

Seluar untuk kutahan sejuk kusarungkan..Dalam hatiku merasakan agak payah hadapi musim sejuk.,aku harus menyarungkan beberapa lapis pakaian untuk menahan sejuk yang menggigit sumsum tulang. Lalu kusarungkan seluar khakis yang berwarna coklat ..dua lapis baju kupakai sebelum baju sejuk disarungkan ketubuhku.
“hai mana pulak bas ni..tadi si syafiq bagi tahu pukul 12.”dalam hatiku mulalah mengata..inila arab..cakap je lebih..

01.00 a.m

Taklimat secara ringkas diberi oleh pegawai negeri sembilan yang kami memanggilnya ayah..Peringatan supaya menjaga diri diberikan.Suasana diluar semakin menusuk ketulang. Rupanye rombongan ini disertai oleh negeri pahang. Sebanyak 2 buah bas akan turut serta bertolak pagi ini..
“hai ramai ini yang tak best” hatiku mula mengata. Doa dibacakan agar pogram ini lebih diberkati.

02.00 a.m

Bas mula bergerak meninggalkan rumah negeri sembilan..Ku pasangkan mp3 ketelinga. Bacaan quran dari qari yang terkenal Sandiqul Mansyawi ku dendangkan..sungguh merdu suaranya..fikiranku terus melayang..ahh..mengantuknya..

03.30 a.m

Kami tiba di perhentian Suez..kedengaran Hasan pengarah pogram bertekak dengan pak arab tu..Pak arab tersebut tak mahu berhenti lama..Lama kelamaan dia akur juga untuk rehat hingga tiba waktu subuh..Aku terus ketandas..dari dalam bas lagi ku menahan untuk buang air..hai nasib dapat ku tahan..sejuknya..aku terasa begitu sejuk bila wuduk diambil..Aku ingin minum..terus ku tanyakan harga..Apa? teh je 5 junaih?..aahh.aku merengus…baik minum air putih je..lalu ku duduk dikerusi yang disediakan..mata terasa mengantuk..tapi kedinginan yang menusuk terus membuatkan ku hilang rasa mengantuk..Allahuakbar2!!!….salah satu syiar yang terdapat dalam agama yang tinggi dan tidak agama yang lebih tinggi darinya didendangkan..kakiku terus bergegas ke masjid yang terletak kira-kira 200 meter dari kedai minuman..

09.00 a.m

Kami tiba di Taba, salah satu tentatif yang telah diaturkan oleh pihak penganjur. “Aduii..laparnya…” aku memegang2 perutku..
“ sekarang kita akan berhenti untuk sarapan pagi..” Hasan selaku ketua memberitahu pogram seterusnya.
“ Ya amm fi batary hinak?” aku bertanya pada tauke kedai..
“Aiiwah!!... maugud ”
“ bikam…?” terus aku menyapa.
“.asyara genih..”
“aiiz wahid.”aku minta bateri yang aku inginkan..

10.45 a.m

Selesai makan dan bergambar, terus kami ke salah satu kubu pejuang islam yang agung Salehuddin Al-Ayubi..Siapa yang tidak kenal dengan pahlawan agung yang membebaskan kota suci Baitul Maqdis tanpa menumpahkan setitis darah.Mungkinkah akan lahirnya Salahuddin al_Ayubi yang ke-2..ahh kalaulah umat islam tak bersatu sampai bilapun Palestin terus berada dalam kegelapan..Ya Allah semoga Engkau merahmati bumi Palestin..amin…Sungguh menakjubkan..sungguh pintar pejuang islam itu membina kubu..sangat strategik..dikeliling oleh Israel,Jordan dan Arab Saudi..hai rimas pulak rambutku yang berterbangan ditiup angin..dah adat rambut panjang.. “Ala…takde ke bot yang besar sikit..”
aku merungut..harus beratur sebelum ke kubu yang terletak kira-kira 500 meter dari jeti bot. Maha suci Allah..cantik sungguh pemandangan pantai..laut yang hijau kebiruaan memukau pandanganku..
“Aiiwah bisur’ah…” ammu yang menjaga jeti disebelah kubu tersebut menggesa kami supaya segera turun..





01.00 p.m


Kami bertolak ke St.Catherine..Mataku mula mengecil..aku pasangkan mp3 ke telinga agar mataku tak terpejam..Bismillahhirahmanirrahim…ku capai al quran yang berada didalam poketku..mataku semakin layu..
‘ahhh..’tak sempatku nak tutup mulut..Rasulullah berpesan agar menutup mulut ketika menguap agar syaitan tidak dapat masuk ke tubuh anak2 Adam..


3.30 p.m

“ Mana hotel yang disebut2kan tadi..gunung je..padang pasir je..” hatiku mula berbisik2.. “ok2 sekarang kita da sampai ke tempat rehat kita..boleh la solat dan siap2 untuk ke wadi muqoddasituwa..” fadli pembantu hasan memberikan arahan..rupanya kami semua ditempatkan di FOX camp hanya untuk sementara sebelum tujuan kami yang utama mendaki gunung Sinai bermula..bilik2 dibahagikan…
“ apa ni bilik pun tak cukup..” hai aku mula berkata2..
“ ok2 siapa yang tak dapat bilik tolong beratur..” arahan diberikan..Aku termasuk dikalangan itu..
“ ok siapa yang takdapt bilik kami minta maaf,sebabnya bilik tak cukup..dan kemungkinan yang tak dapat bilik tak dapt ke wadi..” syafiq salah seorang ajk pelaksana memberi maklumat..
“ ahh aku bukannye selalu kesini,nila mugkin kali pertama dan terakhir..tak kire aku mesti ke wadi tu jugak..” aku berkata pada sahabatku.. langsung aku letakkan barangku ke bilik rakan2 yang lain..dapat duduk rehat pun jadilah..

4.45 p.m

Kami mula berjalan menuju ke wadi..aku melangkah dengan laju..sebabnya kalau maghrib menjelang maka tempat itu akan gelap..
“ jauh jugak ye, aku ingatkan dekat..” ikhwan merungut kepenatan..perjalan kami mengambil masa hampir sejam. Perut ku memang lapar. masuk dengan penat..aduh..Sejarahnya wadi ini menceritakan dimana ketika kaum nabi musa tidak punyai air..lalu nabi Musa mengetuk tongkatnya..terpancarlah dari batu2 itu air yang mencukupi 12 kabilah..

6.15 p.m

Aku mula bergerak turun..
“ eh Tamim tunggu kejap..kau teman akak turun,akak tak bawak torchlight..” kak yana selaku pekerja dirumah negeri menggesa aku supaya turun bersamanya..
“ la akak saya pun tak ada torchlight,lampu handphone adalah..” aku terus mematahkan ucapannya..aku ditemani ikhwan..Penat rasanya kaki..


7.00 p.m

Terus ku capai tuala untuk ketandas..tandas yang ada hanya 3 terpaksa kami kongsi beramai2..
“hai malam kang nak panjat Sinai pulak..penatnya…” selesai solat aku terus makan malam..
“ dah2 bangun bagila pulak kitorang tidur..” aku mengejutkan rakan2 yang lain..Ahh sedap rasanya dapat baring atas katil..walaupun biliknya sempit..tapi cukupla sekadar berehat sebentar sebelum mendaki Sinai..


11.30 p.m

Kami mula berkumpul..baju 4 lapis telah kusarungkan ke tubuh..seluar 3 lapis..tebal pakaianku..sarung tangan kupakaikan ketangan..sejuk..Talimat secara ringkas diberikan..Kumpulan mula dibahagi-bahagikan agar setiap kumpulan ada seorang yang membawa torchlight dan mengawal kumpulannya..Bas akan membawa kami ketempat kaki gunung..tidak jauh dari fox camp yang kami duduki..adalah sekitar dalam 5 minit..





08 Februari 2009

12.15 a.m

Kami mula bergerak mendaki..tak sabar rasanya aku untuk sampai ke puncak..terdapat 7 check point yang kami akan lalui sebelum kepuncak gunung..setiap check point ada kedai yang jual minuman dan coklat2..
“ gamal2..!” ammu itu membuat pengumuman bagi sesiapa yang mahukan unta untuk naik ke puncak..peluh ku mula mengalir walaupun berada dalam kessejukan..Penat rasanya..jauh jugak nak kepuncak..

3.30 p.m

Kami tiba di check point yang ke lima..masih ada 2 check point yang perlu kami lalui..Jalan yang tidak begitu sempit dan tidak begitu luas kami lalui..terasa akan kebesaran Allah menciptakan bumi dan langit..teringatku dalam surah Ahzab ayat 72 Allah s.w.t Ada berfirman..yang bermaksud “ Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang maka semuanya enggan untul memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikul amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” Dalam diriku akui bahawa manusia memang tamakkan kan harta dunia..suka bertengkar hingga merosakkan bumi ini..Suasana semakin sejuk hingga mencucuk tulang..

5.00 a.m

Kami tiba dipuncak gunung..angin bertiup sangat kencang..suasana semakin dingin..sejuk..walaupun banyak kali berehat..tapi penat masih juga belum hilang..Allahuakbar2!! laungan azan dilaungkan menandakan masuknya waktu subuh…kucapai botol air yang berada ditepi begku..bismillahirahmanirrahim..wuduk mule kuambil..sejuknya hanya Allah yang tahu..selesai wuduk terus ku tutup lengan ku,,kerana tidak tahan dengan kedinginan yang menusuk tulang..tempat yang sempit kami berkogsi beramai-ramai untuk solat..angin terus bertiup..rasanya seperti mahu terjatuh dari puncak ketika solat..kami berada hampir sahaja dari tembok..

6.30 a.m

Kami semua mula turun setelah melihat keagungan Illahi..melihat naiknya matahari menguatkan lagi imanku bahawa hanya Allah yang mampu mengatur alam ini.Ya Allah terasa diriku ini begitu kerdil disisimu..Ampunilah dosaku Ya Allah..sama ada aku sedar atau tidak kusedari..kurniakan kepadaku kebaikan dunia dan akhirat..murahkan rezekiku,lapangkan dadaku,permudahkanlah segala urusanku..Ya Allah..kurniakan kepada ku isteri yang solehah..zuriat yang soleh dan solehah yang menyejukkan pandanganku..matikan ku dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah engkau matikan ku dalam keadaan suul khatimah..Dekatkanlah hatiku kepada hati Bariah keranaMu ya Allah..ampunilah dosa2 kami yang telah lalu..sesunggunhnya kami begitu lemah disisimu.Ya Allah janganlah Engkau mengambil kedua ibu bapaku sebelum sempat ku berbakti kepada mereka...air mataku menitis ketika doa itu kubacakan ketika selesai solat subuh..moga2 Allah mengabulkan doa hambanya yang dhaif ini..

8.30 a.m

Aku dan beberapa rakanku tiba dikaki gunung.Perjalanan pulang tidak mengambil masa sangat kerana aku mengikuti jalan pintas iaitu melalui perkampungan nabi Syuib..tapi jalannya agak sempit dan curam..bergetar kakiku ketika menuruni puncak..

9.45 a.m

Berlaukkan daging paprik menaikkan selera makanku, puas ditahan sejak mendaki gunung.Selesai makan, aku bersiap2 terus untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..mulanya aku ingin mandi..tapi memandangkan air yang terlalu sejuk, kupatahkan keinginan itu.. “ Tamim kau bagitahu budak2 ni sesiapa yang dah siap boleh naikkan barang ke bas” Farid selaku pembantu meminta aku menyampaikan pesanan tersebut.Aku akur selaku peserta pogram.

10.15 a.m

Kami terus menuju ke Makam Nabi Harun. Makam yang terletak diatas bukit terpaksa kami panjat walaupun agak keletihan setelah hampir 5 jam mendaki Sinai.Namun aku tetap ingin melawat Makam saudara Nabi Musa itu.Fatihah kusedekahkan moga2 Allah perkenankan. Terus aku ke melawat kesan sejarah lembu Samiri. Sejarahnya Samiri adalah salah seorang dari kabilah assamirah..mengikut riwayat yang masyhur.dimana ingin menyesatkan kaum Nabi Musa dengan membina lembu yang diperbuat dari emas..dikhabarkan lembu tersebut boleh bercakap..tapi mengikut ahli mufasirrin..suara yang keluar dari lembu itu adalah disebabkan tindakan angin. Gambar diambil untuk menjadi kenangan apabila aku sudah pulang ke tanah tumpah darah. Selesai bergambar kami terus ke Pantai Dahab.

01.00 p.m

Kami tiba di Dahab. Setelah hampir 15 minit menunggu, bilik2 dibahagikan.. “ ok siapa lagi sorang nak sebilik dengan aku?” fikri sahabat aku tua 2 tahun dari kuliah usulludin tahun4 Universiti Al-Azhar Kaherah. “ aku2..” terus aku mengangkat tangan..walaupun bilik aku 5 orang, tapi boleh dikatakan selesa. “ cepatlah wak!!,aku tak tahan nak buang air ni” aku menggesa Izaddin.. ‘WAK’ adalah panggilan glamour sahabatku dari kuliah usul sebaya Fikri.

02.30 p.m

Selesai solat jamak..kami terus keluar ingin makan seafood..Seniorku Hazran sama course denganku lebih arif sebab dia selalu bawa orang2 dari Malaysia yang datang ke Mesir untuk melancong.. “ ok kita masuk kedai nilah” aku.fikri,wak,hafiz dan kak Yana terus masuk tanpa membantah.. “wow!!,cantik.!”.aku melahirkan rasa takjub..kedai yang bersebelahan dengan pantai dan berdindingkan kaca memukaukan aku..setelah hampir 2 jam lebih kami dikedai itu, terus kami menuju ke bilik..badan terasa begitu penat..
“ mahal jugak makana tadi ye” hatiku berkata2..hanya 6 org makan sumenye 600 junaih..sorg seratus..Tapi bagiku berbaloi denagn makanan yang dimakan.Air lemon jus,ish ammi, sup,sotong,udang,ketam.ikan..ada pulak desert..bagiku desert yang dihidangkan sangat sedap, diatas pai diletakkan aiskrim,dikelilingi buah-buahan yang dipotong..memang menaikan semangat bagi sesiapa sahaja yang menikmatinya.

07.30 p.m

“wei2 bangun solat!!” hafiz mengejutkan kami yang terlena disebabkan kepenatan..terus aku mencapai tuala dan masuk ke bilik air..Selesai menunaikan jamak takhir..kami terus bersiap untuk menikmati barbeque seperti yang telah ditulis di dalam tentatif. Selesaikan makan kami bersama2 berjalan menikmati udara malam..Dahab tidak begitu sejuk pada waktu malam,apatah lagi disiang harinya.. “ dulu aku bawa orang kedai ni aku masuk” abg Hazran memberi tahu kami, kedai yang agak murah berbannding kedai2 yang lainnya. “ Ahlan wasahlan..Malizi??..” “aiiwah..!” Kami terus mejawab pertanyaan tauke kedai itu…Aku mencapai sehelai baju sejuk..tertulis di baju itu ‘Dive Now,Work Later’..
“ ya amm bikam dih ?” aku bertanya, “ dih?, sab’ien genih..” “ mumkin tahfid?, alasyan ana tublab..” aku terus meminta agar harga dikurangkan.. “ anta aiz bikam?” ammu itu terus bertanya keapadaku.. “ sittin?”..aku buka harga.. “ laklak” ammu itu tak beri dengan harga itu.. “ dih akhir kalam hamsa wa siitin” aku terus merayu.. “ masyi-masyi.” Ammu itu setuju dengan harga yang aku tawarkan..Aku berpuas hati dengan sweater hitam itu.. “ Fik,nanti aku tuggu kau kat kedai petang tadi ye..kita g minum2 skit..” aku mengajak fikri untuk minum malam.


09 Februari 2009


01.00 a.m

Selesai pekena ‘hot cocholate’ aku terus pulang..Seharian kepenatan..terus aku merebahkan tubuh ke katil untuk menyambung lawatan esok harinya.

06.15 a.m

“ wei bagunlah.subuh Dah nak bis dah!” sekali lagi sahbatku dari kuliah bahasa arab kaherah itu mengejut kami..Badanku terasa begitu letih..Namun kerana ingin menunaikan perintah Penciptaku terus aku gagahkan diri..SOLAT.. itulah perkara pertama yang akan dihisab pada hari yang tiada pelindungan melainkan hanya orang yang dipilih. Aku terus bersiap-siap dan mengemas barang sebelum check out..Selesai sarapan nasi lemak, kami menrusakan lagi lawatan hari terakhir kami ke Sharma Sheikh..tempat yang popular dengan pelancong dari barat ini menjadi lawatan terakhir kami.


11.00 a.m

Memakan masa selama hampir 2 jam,kami tiba di tempat tujuan..Temapt ni sememmangnya tak sesuaiuntuk golongan agama..tapi kesini hanya untuk menikmati keindahan pantai..Kami terus menaiki Glass Boat untuk ketengah pantai menikmati pemandangan dasar laut. “ subhanallah!, cantik sugguh dasar laut” aku mengaku akan kebesaran ciptaan Illahi..

12.30

Selesai menikmati keindahan laut. Kami terus bergegas untuk menunaikan solat..Aku terus berjalan mencari kedai2 makan, memandangkan perutku semakin lapar..Akhirnya aku dan rakanku menemui sebuah kedai..memg kedai Islam..dalamnya dihiasi oleh gambar ulama. Sheik Mutawwali Sya’rawi..bagi sesiapa yang ke Mesir pasti mengenali ulama’ yang meggerunkan Presidennya Husni Mubarak..Harga bagi hidangan setengah ekor ayam,nasi,sup kesemuanya 28 junaih berpatutan dengan tempat pelancongan ini. Selesai makan aku terus ke kedai ‘asir’..Juz buah-buahan.. “ aiz qasob isnin” aku meminta air tebu..kesejukan dan kemanisan air itu melegakan tekak ku yang kekeringan tambahan pula Sharma Sheikh satu tempat yang panas. Aku terus merayau-rayau untuk membeli sehelai tshirt..

04.45 p.m

Kami terus bertolak pulang setelah kepenatan berjalan.Sekali lagi kupasangkan mp3 ketelinga untuk menenangkan hati...Lagu letto ‘sebelum cahaya’ membuai perasaanku.
Kadangkala terasa semangat ku utnuk teruskan perjuangan di bumi anbiya’ ini hilang.namun bila terkenangkan pada kedua ibu bapaku,air mataku terus mengalir,aku kuatkan juga azamku.Ya Allah ampunilah dosa2ku yang telah lalu.

11.30 p.m
Kami tiba diperkarangan rumah negeri..Alhamdullilah..selamat juga perjalanan ini.


maqam nabi harun

No comments: