Monday, April 5, 2010

jauh lebih baik...


kerana itulah kita diajar untuk tahu erti bersyukur...tatkala kita memandang ke atas, kita merasa betapa kurangnya diri..tebarlah pandanganmu ke kaki dunia, bahawa apa yang ada sudah cukup memadai bagimu namun tidak pula sampai bongkak menyapa hati..maka berterima kasihlah pada ALLAH yang Maha Memberi..itulah erti syukur..

saya hanya melihat gambar2 yang diambil oleh saiful nang (seorang jurugambar profesional malaysia) ketika beliau berada di India atas urusan kerja..


tatkala, melihat gambar kanak-kanak yang hidup merempat, sayu jadinya hati..atau lebih signifikan melihat kanak-kanak ini dibesarkan untuk berjuang demi sesuap nasi.. pernah melihat video yang cukup sebak saya pernah tonton.. "a boy (around 4-5 y.o )was smoking without worries, and he was taught to speak obscene words and language by his colleagues (who are definitely super older than him!). He is working in somewhat ciggarete warehouse in Indonesia"

dan kehidupan di India juga begitu..kanak-kanak yang tempat jatuhnya harus di padang sekolah, berlari-lari di kaki lima..ada yang menjaga toilet, menjadi operator telefon, meminta sedekah dan sebagainya..semua kerana sebuah kehidupan. yang menuntut bukan sedikit kecekalan.




jauh lebih baik buat kita disini. yang masih menikmati roti canai sebagai sarapan pagi di warung-warung tepi jalan, atau menikmati sebungkus nasi lemak bersama kopi "o"..demikian pula, jauh lebih baik suasana disini mengikut nuansa umur..kanak-kanak di sekolah, yang dewasa di tempat kerja. berbanding hidup yang lebih mencabar di tempat lain..

oh, betapa kita jauh lebih baik..namun erti syukur seringkali kita abaikan. malah mempersoal apa yang ada dan apa yang tiada..hamdalah buatMU ya ALLAH...

kerana nikmat yang aku ada sudah cukup memadai buatku..jadikanlah kami hamba-hambaMU yang bersyukur dan pimpinlah tangan kami ke jalan kebenaran...

2 comments:

skY Hayyat said...

salam..

betapa beruntungnya kita msh merasa nikmat Allah, bg mereka yg tidak mensyukuri amatlh rugi..

Wallahuaklam =(

dari~ummie said...

betul tu sky..
kita sering terleka..dgn melihat gambar2 mcm ni, mampu juga buat kita tersentak..