Wednesday, April 1, 2009

senyuman hari ini... =)

Alhamdulillah..kerana hari ini sekurang-kurangnya ada perkara yang membuat saya tersenyum suka. Dalam kepenatan mengharungi jalan berkerikil(pembaharuan jalan dan pembinaan UTHM), Miss Ng memberitahu saya ketika saya berbincang dibiliknya;

miss Ng: “bariah, you ingat tak royal debate tahun lepas tu?”
saya: “mestilah ingat” jawab saya, tersipu. Sebabnya saya tak pernah menonton prestasi perdebatan saya sendiri dalam video, namun, orang lain pula yang melihatnya.

miss Ng: ”you dah establish as a debater and outshining” saya terkebil-kebil. Mana mungkin saya. Saya mengagak umol atau fazrina.
Saya: ”saya ke?” saya bertanya kebodohan.
Miss Ng: ”yalah, yang cakap macam tu, En. ***... dari USM ketua juri royal debate tau”
Hati saya berbunga. Saya tersenyum
Saya: ”hah? Yeke Miss? Terharunya!”

saya rasa bertuah, setidak-tidaknya ada orang yang melihat potensi dalam diri saya. Sekurang-kurangnya usaha saya berbaloi, walaupun saya tak pernah merasakan diri saya seorang yang bagus apabila berdebat. Walaupun jauh ketinggalan dikalangan pendebat-pendebat lain yang sering menggondol kejuaraan dan mendapat tempat terbaik, namun bagi pihak diri saya, ini merupakan satu kemajuan. Walaupun tidak menyinar seperti hakim dan kak fatin, namun alhamdulillah, kemahiran insaniah saya terisi. Sekalipun hanya menang dua dari 6 perlawanan, saya tidak kisah..biarpun orang sibuk mencemuh pasukan debat uthm, namun semangat untuk berjuang dalam sukan subjektif ini tidak padam.. dan begitupun, masih ada orang menghargai usaha saya berdiri, bercakap, dan membentangkan maklumat2 penting dalam tajuk perbahasan. Terima kasih. Namun, kelemahan saya menurut kata En. *** adalah; tidak konsisten!! Baiklah.. saya akan perbaiki.. =)

No comments: