Sunday, April 5, 2009

together we save gaza


Bagaimanakah aku bisa untuk duduk dengan senang jika saudara-saudara ku di daerah gaza sedang bergelut dengan ketakutan? Bagaimanakah hari ini aku mampu untuk mengukir sebaris senyum jika saudara-saudaraku di daerah bergolak itu menangis dan berteriakan? Bagaimanakah aku bisa untuk tidur dengan lena, sedangkan aku terlupa pada sejuknya cuaca yang menggigit sum-sum mereka yang bertempiaran? kerana tiada tempat untuk melepas lelah dek kemusnahan yang dilakukan musuh ALLAH yang terlaknat? Bagaimanakah semua ini aku bisa lakukan? Padahal muslim dengan muslim yang lainnya itu ibarat bangunan yang memperkukuhkan bangunan yang lainnya? yang saling bertautan kerana menganut Addin yang sama, percaya pada ALLAH, Tuhan yang Maha Esa? Apakah aku ini tiada kuasa untuk membantu? Apakah segenap kudrat yang telah Tuhan kurniakan buatku langsung tidak bermakna untuk membantu, merasai jerih payahnya hidup dalam peperangan?

Tiada apa yang lebih menyenangkan dan didambakan melainkan keamanan. Keamanan untuk bebas menjadi seorang hamba kepada Tuhannya. Aku lah manusia paling kejam kerana tiada daya untuk aku bantu semua itu. Kerana aku tidak menumpahkan segenap kudrat membantu mereka. Aku hanya mampu melihat. Wahai diriku, adakah hanya dengan melihat itu engkau mampu untuk menghentikan sebuah kezaliman yang kehausan darah? Wahai diriku, apakah hanya melihat tangisan anak kecil itu mampu meredakan sukma mereka yang berlibang libu dan diselubungi takut dan dingin? Adakah dengan hanya melihat dan bersimpati, engkau mampu menerangi kembali sinar harapan yang malap dan kelam..bahkan perubahan tidak akan pernah terjadi jika tidak memulakan langkah. Bagaimana engkau bisa makan, jika engkau tidak menggerakkan tangan kurniaan Tuhan untuk menyua nasi ke mulut? Katakan padaku, bahawa engkau juga akan bersama-sama muslim yang lain. Ini tanggungjawab kita bersama, ini soal hak seorang manusia. Lupakah engkau pada hadith kekasih ALLAH Muhammad S.A.W? bahawa apabila engkau memelihara nyawa seorang muslim seolah-olah engkau memelihara nyawa keseluruhan muslim lainnyBagaimanakah aku bisa untuk duduk dengan senang jika saudara-saudara ku di daerah gaza sedang bergelut dengan ketakutan? Bagaimanakah hari ini aku mampu untuk mengukir sebaris senyum jika saudara-saudaraku di daerah bergolak itu menangis dan berteriakan? Bagaimanakah aku bisa untuk tidur dengan lena, sedangkan aku terlupa pada sejuknya cuaca yang menggigit sum-sum mereka yang bertempiaran? kerana tiada tempat untuk melepas lelah dek kemusnahan yang dilakukan musuh ALLAH yang terlaknat? Bagaimanakah semua ini aku bisa lakukan? Padahal muslim dengan muslim yang lainnya itu ibarat bangunan yang memperkukuhkan bangunan yang lainnya? yang saling bertautan kerana menganut Addin yang sama, percaya pada ALLAH, Tuhan yang Maha Esa? Apakah aku ini tiada kuasa untuk membantu? Apakah segenap kudrat yang telah Tuhan kurniakan buatku langsung tidak bermakna untuk membantu, merasai jerih payahnya hidup dalam peperangan?

Tiada apa yang lebih menyenangkan dan didambakan melainkan keamanan. Keamanan untuk bebas menjadi seorang hamba kepada Tuhannya. Aku lah manusia paling kejam kerana tiada daya untuk aku bantu semua itu. Kerana aku tidak menumpahkan segenap kudrat membantu mereka. Aku hanya mampu melihat. Wahai diriku, adakah hanya dengan melihat itu engkau mampu untuk menghentikan sebuah kezaliman yang kehausan darah? Wahai diriku, apakah hanya melihat tangisan anak kecil itu mampu meredakan sukma mereka yang berlibang libu dan diselubungi takut dan dingin? Adakah dengan hanya melihat dan bersimpati, engkau mampu menerangi kembali sinar harapan yang malap dan kelam..bahkan perubahan tidak akan pernah terjadi jika tidak memulakan langkah. Bagaimana engkau bisa makan, jika engkau tidak menggerakkan tangan kurniaan Tuhan untuk menyua nasi ke mulut? Katakan padaku, bahawa engkau juga akan bersama-sama muslim yang lain. Ini tanggungjawab kita bersama, ini soal hak seorang manusia. Lupakah engkau pada hadith kekasih ALLAH Muhammad S.A.W? bahawa apabila engkau memelihara nyawa seorang muslim seolah-olah engkau memelihara nyawa keseluruhan muslim lainnya, apabila engkau membunuh nyawa seorang muslim seolah-olah engkau membunuh nyawa keseluruhan muslim lainnya? Lupakah engkau hal itu? Lupakah engkau mengingati sabda nabi, bahawa barangsiapa yang tidak merahmati(menyayangi) dia tidak akan dirahmati(disayangi)..

ah, diriku.. betapa tidak bergunanya engkau..Bagaimana engkau boleh bersenang lenang walhal engkau melihat darah merah mengalir dari tubuh anak kecil yang polos dan tidak berdosa.. nah, inilah jihadmu..Ya ALLAH.. bantulah hambamu yang lemah ini.. izinkan kami untuk bersama sama saudara kami.. berikan kami sedikit kekuatan.. yang baik itu, sesungguhnya akan menghapuskan kejahatan..a, apabila engkau membunuh nyawa seorang muslim seolah-olah engkau membunuh nyawa keseluruhan muslim lainnya? Lupakah engkau hal itu? Lupakah engkau mengingati sabda nabi, bahawa barangsiapa yang tidak merahmati(menyayangi) dia tidak akan dirahmati(disayangi)..

ah, diriku.. betapa tidak bergunanya engkau..Bagaimana engkau boleh bersenang lenang walhal engkau melihat darah merah mengalir dari tubuh anak kecil yang polos dan tidak berdosa.. nah, inilah jihadmu..Ya ALLAH.. bantulah hambamu yang lemah ini.. izinkan kami untuk bersama sama saudara kami.. berikan kami sedikit kekuatan.. yang baik itu, sesungguhnya kebaikan itu pasti akan menghapuskan kejahatan..

No comments: