Thursday, April 23, 2009

lagi tentang mesir..



this kind of article i just simply copy from http://inijalanku.wordpress.com/parti2/cara-ke-mesir-utk-belajar/

terima kasih sungguhla ustaz halim.. walaupun copy tanpa izin, tapi diharap maklumat ini berguna untuk anda yang bercita2 belajar ke mesir.. by the way, ini sebenarnya as a copy for my sister since she is so eager to apply medical course.. semoga ada rezeki untuknya..amin..

Ramai yang bertanya saya tentang pengalaman saya belajar Pengajian Islam di Mesir, terutama setelah saya tamat pengajian di bidang kejuruteraan. Tidak kurang mereka yang tertarik untuk mengikut jejak langkah saya belajar di sana. Di sini saya berikan panduan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung atau memulakan pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Sebaik tempat belajar pengajian Islam di Mesir ialah di Universiti Al-Azhar dan dimana-mana sahaja cawangannya samada di Kaherah, Iskandariah, Damanhur, Mansurah, Dimyat, Shibin Kom dll. Adapun belajar di pusat-pusat bahasa, Dirasat Khassah dan lain-lain adalah untuk menguatkan Bahasa Arab seseorang tetapi akhirnya hendaklah beliau berusaha untuk masuk Universiti Al-Azhar juga. Ini adalah kerana bukan sahaja Al-Azhar salah sebuah universiti pengajian Islam terulung di dunia, malah terletaknya ia di Mesir, pusat perjuangan Islam dan gerakan seperti Ikhwan Muslimin dll. dapat menggabungkan dalam diri pelajar di sana diantara ilmu-ilmu Islam serta kefahaman dan semangat Perjuangan.


Seseorang tidak boleh masuk Universiti Al-Azhar melainkan setelah memiliki salah satu dari 2 sijil iaitu (i) Sijil STAM (masuk ke Tahun 1 Al-Azhar), atau (ii) Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar masuk ke Tahun 3 Al-Azhar).

Hampir di setiap negeri di Malaysia ada sekolah menengah agama yang menawarkan peperiksaan STAM bagi yang berminat. Sila hubungi pejabat agama di negeri masing-masing. Saya mencadangkan anda mendaftar di
Pusat Persediaan Universiti Al-Azhar (PPUA), Ipoh.
Sila hubungi Ustaz Razmi 019-514 2869, Ustaz Shahruzzaman 019 - 571 5334. Asrama disediakan.
Hanya ada beberapa kolej di Malaysia yang menawarkan peperiksaan Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar. Diantaranya

  • Kolej Insaniah (Alor Setar),
  • MADEWA (Bagan Serai),
  • UNITI (Port Dickson), KUDQI (Kuala Terengganu) dll.
  • (Sijil Diploma/Muadalah sudah tidak diiktiraf lagi oleh Al-Azhar sejak tahun 2008)
  • Universiti Al-Azhar tidak menerima kemasukan ke Post Graduate (Masters dan Ph.D) tuan puan dengan menggunakan ijazah Sarjana Muda dari sebarangan universiti apatah lagi bidang selain bidang Pengajian Islam berbahasa Arab.

Sebaik anda memiliki sijil STAM atau Diploma Yang Diiktiraf Al-Azhar, sila hubungi Ustaz Fauzi 012 - 634 9066 untuk urusan keberangkatan ke Mesir pada bulan Julai setiap tahun.
Sesiapa yang hendak memasuki pengajian Perubatan (Medicine) di Mesir, sila hubungi Dr. Zainurashid 012-678 1644
http://info.perubatan.org/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=77:permohonan-lanjutan-pelajaran-ke-perubatan-timur-tengah&catid=19:perubatan

atau lawat ke Pemohon dikenakan syarat hanya memiliki sijil SPM dengan pencapaian sekurang-kurangnya B4 dalam matapelajaran-matapelajaran sains dan matematik.
Selamat belajar, mendapat sijil dan berlepas ke Mesir untuk menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Terima kasih.

=ustaz halim=

selamat beramal di bumi ALLAH..

gambar hiasan

No comments: